Terus ke kandungan
Emas LekirKembali ke laman utama

Dasar Privasi

Dikemas kini 2026-10-29

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Emas Lekir mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat anda apabila anda menggunakan Apps Emas Lekir. Dasar ini disediakan berdasarkan maklumat yang digunakan bagi menyediakan fungsi dan perkhidmatan dalam Apps Emas Lekir. Dengan menggunakan Apps Emas Lekir, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini.

1. Siapa Kami

Emas Lekir ialah pengendali Apps Emas Lekir dan perkhidmatan berkaitan.

Alamat: 1-13A, Sunway Gandaria, Jalan Medan PB 2, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

E-mel: [email protected] · Telefon: 011-1621 8869

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi atau penggunaan maklumat peribadi, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat di atas.

2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Akaun Emas Lekir

Apabila anda mendaftar atau menggunakan akaun Emas Lekir, kami mungkin mengumpul:

  • Nama
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Gambar profil, jika diberikan
  • Pengecam akaun dalaman Emas Lekir
  • Maklumat profil lain yang anda pilih untuk berikan

Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti akaun anda dan membolehkan anda menggunakan fungsi Apps Emas Lekir.

Maklumat Peranti

Bagi memastikan Apps Emas Lekir berfungsi dengan baik, kami mungkin mengumpul maklumat teknikal seperti:

  • Pengecam peranti yang dijana secara rawak
  • Token notifikasi
  • Jenis peranti
  • Sistem operasi
  • Versi Apps Emas Lekir
  • Bahasa pilihan
  • Masa terakhir aplikasi digunakan

Maklumat ini digunakan untuk operasi aplikasi, keselamatan, penyelesaian masalah dan penghantaran notifikasi.

3. Rekod Emas Anda

Apabila anda menggunakan fungsi My Asset atau fungsi berkaitan rekod emas, anda boleh memasukkan maklumat seperti:

  • Nama atau jenis barang emas
  • Ketulenan emas
  • Berat emas
  • Harga belian
  • Tarikh belian
  • Maklumat tambahan yang anda pilih untuk simpan

Maklumat ini digunakan untuk membantu anda merekod dan memantau emas yang anda miliki.

Apps Emas Lekir boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan anggaran:

  • Nilai emas semasa
  • Nilai jualan berdasarkan harga semasa
  • Perubahan nilai
  • Anggaran keuntungan atau kerugian

Anda boleh menambah, mengubah atau memadam rekod emas anda melalui aplikasi.

Kami juga merekod sama ada setiap rekod emas dibaca daripada resit atau dimasukkan sendiri oleh anda.

Akses oleh Emas Lekir

Kakitangan Emas Lekir yang diberi kuasa boleh melihat rekod emas anda, termasuk imej resit yang anda pilih untuk simpan (lihat seksyen 9), bagi tujuan menyediakan perkhidmatan dan membantu penilaian ketika anda berurusan dengan kami.

Akses ini adalah baca sahaja — kakitangan tidak boleh mengubah rekod anda — dan setiap akses direkod dalam log audit.

4. Harga Emas dan Nilai Semasa

Apps Emas Lekir menyediakan maklumat harga emas bagi membantu pengguna memantau perubahan harga pasaran.

Harga yang dipaparkan dalam aplikasi boleh digunakan untuk:

  • Memantau harga emas semasa
  • Membandingkan nilai semasa dengan harga belian
  • Menganggarkan nilai emas yang dimiliki
  • Membantu pengguna membuat keputusan berkaitan simpanan emas

Harga yang dipaparkan dalam aplikasi tidak semestinya merupakan harga akhir yang akan diterima sekiranya emas dijual.

Nilai sebenar boleh berbeza berdasarkan keadaan barang, berat sebenar, ketulenan dan penilaian semasa.

5. Amaran Harga

Jika anda menggunakan fungsi Price Alert, kami mungkin menyimpan:

  • Jenis atau ketulenan emas
  • Harga sasaran kenaikan
  • Harga sasaran penurunan

Maklumat ini digunakan untuk menghantar notifikasi apabila harga emas mencapai paras yang anda tetapkan.

Anda boleh mengubah atau memadam Price Alert pada bila-bila masa melalui aplikasi.

6. Gambar Barang Emas

Apabila anda meminta sebut harga atau ingin menjual emas kepada Emas Lekir, anda boleh memuat naik gambar barang emas.

Gambar tersebut digunakan untuk membantu pihak Emas Lekir membuat penilaian awal terhadap barang yang ingin dijual.

Jika sistem menyokongnya, metadata imej yang tidak diperlukan seperti maklumat lokasi GPS akan dibuang sebelum gambar disimpan.

Gambar yang diberikan untuk tujuan sebut harga tidak akan digunakan bagi tujuan lain tanpa kebenaran anda, kecuali jika diperlukan untuk rekod transaksi atau diwajibkan oleh undang-undang.

7. Sebut Harga Jualan Emas

Apabila anda meminta sebut harga melalui Apps Emas Lekir, kami mungkin mengumpul:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Maklumat barang emas
  • Ketulenan
  • Berat
  • Gambar barang
  • Nota atau maklumat tambahan

Maklumat ini digunakan untuk menyediakan anggaran atau sebut harga awal bagi emas yang ingin anda jual kepada Emas Lekir.

Sebarang nilai yang diberikan melalui aplikasi merupakan anggaran awal dan boleh berubah selepas pemeriksaan fizikal barang dibuat.

8. Temujanji

Apabila anda membuat temujanji melalui Apps Emas Lekir, kami mungkin menyimpan:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Tarikh temujanji
  • Masa temujanji
  • Barang yang berkaitan
  • Maklumat sebut harga berkaitan
  • Nota tambahan

Maklumat ini digunakan untuk menguruskan kunjungan dan urusan anda bersama Emas Lekir.

9. Imbasan Resit

Apps Emas Lekir menyediakan fungsi mengimbas resit pembelian emas. Teks pada resit dibaca pada peranti anda bagi membantu mengisi maklumat seperti:

  • Harga belian
  • Berat
  • Ketulenan
  • Tarikh pembelian
  • Maklumat barang

Maklumat yang dibaca hanya disimpan sekiranya anda memilih untuk menambahnya ke dalam rekod emas anda.

Menyimpan imej resit

Sebelum menyimpan, anda boleh memilih "Simpan resit sebagai lampiran". Pilihan ini dihidupkan secara lalai dan boleh dimatikan.

Jika dihidupkan, imej resit dimuat naik dan disimpan di server Emas Lekir bersama rekod emas yang dibaca daripadanya, sebagai bukti pembelian anda. Jika dimatikan, imej resit tidak dihantar ke server.

Resit mungkin mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon anda. Kami tidak mengekstrak atau menyimpan maklumat tersebut sebagai data berasingan — ia hanya wujud sebagai sebahagian daripada imej resit.

Metadata imej seperti lokasi GPS dibuang sebelum imej disimpan. Imej disimpan secara peribadi dan hanya boleh dibuka melalui pautan sementara yang tamat tempoh.

Siapa boleh melihat imej resit

Anda, dan kakitangan Emas Lekir yang diberi kuasa. Setiap kali kakitangan membuka imej resit, akses tersebut direkod dalam log audit.

Membuang imej resit

Anda boleh membuang imej resit pada bila-bila masa melalui aplikasi; rekod emas anda tetap kekal.

Imej resit juga dipadam secara automatik apabila rekod emas terakhir yang berkaitan dengannya dipadam, apabila akaun anda dipadam, atau jika ia dimuat naik tetapi tidak pernah disimpan bersama mana-mana rekod.

10. Diagnostik, Analitik Laman Web dan Maklumat Teknikal

Jika Apps Emas Lekir mengalami masalah teknikal, kami mungkin menerima laporan diagnostik seperti:

  • Jenis ralat
  • Jejak ralat aplikasi
  • Model peranti
  • Versi sistem operasi
  • Versi aplikasi
  • Pengecam akaun dalaman, jika diperlukan

Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam Apps Emas Lekir.

Kami tidak sengaja menggunakan laporan diagnostik untuk mengumpul kandungan peribadi yang anda masukkan ke dalam aplikasi.

Laman web Emas Lekir

Laman web Emas Lekir menggunakan Matomo, perisian analitik yang dihoskan sendiri oleh Sankyu Tech Sdn Bhd, untuk memahami bilangan pelawat dan halaman yang dilawati. Data ini tidak dihantar kepada Google atau rangkaian pengiklanan.

Analitik ini tidak menggunakan cookie dan tidak menjejak anda merentas laman web lain. Ia boleh merekod halaman yang dilawati, masa lawatan, jenis pelayar dan peranti, serta alamat IP, dan digunakan untuk statistik laman web sahaja.

11. Maklumat Yang Kami Tidak Kumpul

Apps Emas Lekir tidak bertujuan untuk mengumpul maklumat berikut melainkan fungsi tertentu memerlukannya dan anda memberi kebenaran terlebih dahulu:

Lokasi GPS

Kami tidak menjejaki lokasi fizikal anda secara berterusan.

Senarai kenalan

Kami tidak membaca atau menyimpan senarai kenalan telefon anda.

Maklumat kad atau akaun bank

Apps Emas Lekir tidak menyimpan nombor kad kredit, kad debit, PIN atau kata laluan perbankan pengguna.

Aktiviti dalam aplikasi lain

Kami tidak menjejaki aktiviti anda merentas aplikasi lain untuk tujuan pengiklanan.

12. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Maklumat anda boleh digunakan untuk:

  • Membuka dan mengurus akaun Emas Lekir
  • Menyimpan rekod emas anda
  • Memaparkan nilai emas semasa
  • Mengira anggaran keuntungan atau kerugian
  • Memaparkan harga emas
  • Mengurus Price Alert
  • Menghantar notifikasi yang berkaitan
  • Menyediakan sebut harga
  • Menguruskan permohonan jualan emas
  • Menguruskan temujanji
  • Menghubungi anda berkaitan permohonan anda
  • Memberikan sokongan pelanggan
  • Meningkatkan pengalaman pengguna
  • Mengesan dan membaiki masalah teknikal
  • Menjaga keselamatan aplikasi dan akaun
  • Menguruskan rekod transaksi
  • Memenuhi keperluan undang-undang yang terpakai

Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak lain.

13. Maklumat Wajib dan Maklumat Pilihan

Tidak semua maklumat dalam Apps Emas Lekir wajib diberikan.

Sebagai contoh, anda masih boleh menggunakan sesetengah fungsi seperti melihat harga emas tanpa menyimpan rekod emas sendiri, tertakluk kepada fungsi yang tersedia dalam aplikasi.

Maklumat tertentu mungkin diperlukan apabila anda ingin:

  • Membuat akaun
  • Meminta sebut harga
  • Menjual emas
  • Membuat temujanji
  • Menghubungi pihak Emas Lekir

Sekiranya anda tidak memberikan maklumat yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat menyediakan fungsi atau perkhidmatan tertentu.

14. Dengan Siapa Maklumat Anda Dikongsi

Kami tidak menjual maklumat peribadi pengguna.

Maklumat hanya boleh dikongsi apabila diperlukan bagi menyediakan atau mengendalikan perkhidmatan Emas Lekir. Ini mungkin termasuk:

Penyedia Hosting dan Infrastruktur

Penyedia teknologi yang membantu menyimpan, memproses dan melindungi data Apps Emas Lekir.

Penyedia Perkhidmatan Notifikasi

Perkhidmatan yang membantu Apps Emas Lekir menghantar notifikasi ke telefon pengguna.

Penyedia Sokongan Teknikal

Pihak yang dilantik untuk membantu menyelenggara, melindungi atau memperbaiki sistem Emas Lekir.

Pihak tersebut hanya diberikan akses kepada maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan mereka.

Pihak Berkuasa

Maklumat boleh diberikan kepada pihak berkuasa apabila diwajibkan oleh undang-undang, perintah mahkamah atau permintaan rasmi yang sah.

15. Keselamatan Maklumat

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat pengguna daripada:

  • Akses tanpa kebenaran
  • Penyalahgunaan
  • Kehilangan
  • Perubahan tanpa kebenaran
  • Pendedahan tidak sengaja
  • Pemusnahan data

Langkah keselamatan boleh merangkumi kawalan akses, keselamatan server, pengesahan akaun dan kaedah perlindungan teknikal yang bersesuaian.

Walau bagaimanapun, tiada sistem elektronik atau penghantaran data melalui internet yang boleh dijamin selamat sepenuhnya.

16. Penyimpanan Maklumat

Akaun dan My Asset

Maklumat akaun dan rekod emas disimpan selagi akaun anda masih aktif atau sehingga anda memadam maklumat tersebut.

Imej Resit

Imej resit yang anda simpan dikekalkan selagi rekod emas yang berkaitan dengannya wujud, sehingga anda membuangnya, atau sehingga akaun anda dipadam.

Price Alert

Price Alert disimpan sehingga anda memadam amaran tersebut atau akaun anda dipadam.

Gambar

Gambar yang dimuat naik tetapi tidak digunakan dalam sebut harga boleh dipadam secara automatik selepas tempoh tertentu.

Sekiranya sistem menggunakan pautan sementara bagi gambar, pautan tersebut juga boleh tamat tempoh secara automatik.

Sebut Harga, Temujanji dan Transaksi

Maklumat berkaitan sebut harga, temujanji dan transaksi boleh disimpan sebagai rekod operasi dan perniagaan Emas Lekir.

Sesetengah rekod mungkin perlu disimpan lebih lama bagi tujuan:

  • Rekod transaksi
  • Audit
  • Penyelesaian pertikaian
  • Pencegahan penipuan
  • Pematuhan kepada undang-undang

17. Pemadaman Akaun

Anda boleh memadam atau meminta pemadaman akaun Emas Lekir melalui fungsi yang disediakan dalam aplikasi. Sebagai contoh: Settings → Account → Delete Account.

Selepas akaun dipadam:

  • Akaun pengguna akan dipadam
  • Rekod My Asset akan dipadam
  • Price Alert akan dipadam
  • Imej resit yang disimpan akan dipadam
  • Peranti akan dileraikan daripada akaun
  • Data tertentu yang berkaitan dengan akaun tidak lagi boleh dipulihkan

Walau bagaimanapun, rekod transaksi, sebut harga, jualan atau rekod lain yang perlu disimpan atas sebab undang-undang atau operasi perniagaan mungkin tidak dipadam serta-merta.

18. Hak Anda

Anda boleh menghubungi kami untuk:

  • Meminta maklumat tentang data peribadi yang kami simpan
  • Meminta salinan maklumat anda
  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat
  • Mengemas kini maklumat anda
  • Meminta pemadaman maklumat tertentu
  • Memadam akaun
  • Menarik balik kebenaran tertentu
  • Membantah komunikasi pemasaran
  • Bertanya bagaimana maklumat anda digunakan
  • Membuat aduan berkaitan privasi

Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum melaksanakan permintaan berkaitan maklumat peribadi.

Untuk membuat permintaan, hubungi: E-mel [email protected] · Telefon 011-1621 8869

19. Notifikasi

Apps Emas Lekir boleh menghantar notifikasi berkaitan:

  • Perubahan harga emas
  • Price Alert
  • Sebut harga
  • Status permohonan jualan
  • Temujanji
  • Maklumat akaun
  • Perkhidmatan Emas Lekir

Anda boleh mengubah tetapan notifikasi melalui Apps Emas Lekir atau melalui tetapan telefon anda.

20. Komunikasi Promosi

Dari semasa ke semasa, Emas Lekir mungkin menghantar maklumat berkaitan:

  • Promosi
  • Kempen
  • Perkhidmatan baharu
  • Kandungan berkaitan emas
  • Tawaran daripada Emas Lekir

Anda boleh memilih untuk berhenti menerima komunikasi pemasaran tersebut melalui kaedah yang disediakan atau dengan menghubungi kami.

Notifikasi penting berkaitan akaun, keselamatan, temujanji atau transaksi mungkin masih dihantar walaupun anda memilih untuk tidak menerima pemasaran.

21. Kanak-Kanak

Apps Emas Lekir ditujukan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun.

Sekiranya kami mendapati maklumat tersebut telah diberikan oleh individu bawah umur tanpa kebenaran yang sewajarnya, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memadam maklumat tersebut.

22. Perkhidmatan Pihak Ketiga

Apps Emas Lekir mungkin menggunakan penyedia teknologi pihak ketiga untuk membantu menyediakan fungsi seperti:

  • Hosting
  • Penyimpanan data
  • Notifikasi
  • Keselamatan
  • Analitik teknikal
  • Diagnostik sistem

Penyedia tersebut hanya boleh memproses maklumat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada Emas Lekir.

Penggunaan perkhidmatan atau laman luar yang anda akses melalui pautan daripada Apps Emas Lekir mungkin tertakluk kepada dasar privasi pihak berkenaan.

23. Perubahan Kepada Dasar Privasi

Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa apabila:

  • Fungsi Apps Emas Lekir berubah
  • Jenis maklumat yang diproses berubah
  • Sistem atau teknologi berubah
  • Perkhidmatan baharu diperkenalkan
  • Keperluan undang-undang berubah

Tarikh Kemas Kini Terakhir di bahagian atas Dasar Privasi ini akan dikemas kini apabila perubahan dibuat.

Jika perubahan tersebut penting dan memberi kesan kepada cara maklumat anda digunakan, kami boleh memaklumkannya melalui Apps Emas Lekir atau saluran komunikasi yang bersesuaian.

24. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, aduan atau permintaan berkaitan privasi dan maklumat peribadi, sila hubungi:

Emas Lekir, 1-13A, Sunway Gandaria, Jalan Medan PB 2, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

E-mel: [email protected] · Telefon: 011-1621 8869